PERLEMBAGAAN BAGI
PERTUBUHAN PEMULIHAN
DALAM KOMUNITI AL-KAUTHAR
FASAL 1 NAMA
1. Pertubuhan
ini dikenali dengan nama
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI AL-KAUTHAR
Selepas ini disebut pertubuhan.
2. Takrif
Nama : Pertubuhan untuk melaksanakan
aktiviti atau apa-apa program pemulihan yang memberi manfaat kepada Orang
Kurang Upaya (OKU).
3. Bertaraf
: Daerah
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1. Alamat
berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
LOT 1228 TAMAN SABARIAH
JALAN PENGKALAN CHEPA,
15400 KOTA BHARU, KELANTAN
dan
alamat untuk surat-menyurat adalah
LOT 1228 TAMAN SABARIAH
JALAN PENGKALAN CHEPA,
15400 KOTA BHARU, KELANTAN
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang
akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat
urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa
kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
Matlamat
Pertubuhan adalah seperti berikut :
1. Pertubuhan
ini ditubuhkan sebagai satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk
rehabilitasi, penyamaan peluang, dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya (OKU).
2. Menumpukan
perhatian kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan pemulihan dan latihan
asas dari segi pergerakan, pertuturan, pendidikan khas dan kemahiran asas dalam
pengurusan diri.
3. Merupakan
satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi.
FASAL 4 KEAHLIAN
1. Kriteria
keahlian pertubuhan adalah seperti berikut :
A. Ahli
Biasa
i. Kewarganegara
: Malaysia
ii. Umur
Minima : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri
Tempat Tinggal Ahli : Terbuka
iv. Keturunan/Bangsa
: Terbuka
v. Jantina
: Lelaki dan Perempuan
vi. Agama
: Terbuka
vii. Kriteria
Keahlian Yang Lain : Berminat dengan kerja kesukarelawan
B. Ahli
Bersekutu
Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi
kriteria ahli biasa.
C. Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada
masyarakat dan terkemuka dalam bidang kebajikan masyarakat serta boleh memberi
sumbangan kepada pertubuhan. Keahlian adalah atas jemputan Jawatankuasa.
D. Ahli Seumur Hidup
Sesiapa yang membayar yuran RM50 dinamakan
ahli seumur hidup dan mempunyai hak mengundi.
E. Ahli Remaja
Terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun
ke bawah. Mereka perlu mendapatkan surat kebenaran bertulis daripada ibu bapa
atau penjaga yang sah. Mereka tidak
boleh mengundi atau memegang jawatan dalam Pertubuhan.
2. Tiap-tiap
permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua (2) orang ahli
dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa
boleh, mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi
sebab-sebabnya.
3. Tiap-tiap
pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang
ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai
ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah
memberi kenyataan bertulis dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan
menjelaskan segala hutangnya.
2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi
Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang
akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi
penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah
dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu
atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER
KEWANGAN
Sumber kewangan pertubuhan
ini adalah daripada :
1. Bayaran masuk :
RM2.00
(Ringgit Malaysia Dua Ringgit Sahaja)
2. Yuran :
a. Yuran tahunan sebanyak RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja) hendaklah dijelaskan kepada
Bendahari Majlis terlebih dahulu di dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap
tahun.
b. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa
permohonan ahli) RM50.00
c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih
daripada dua (2) tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh
atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli
sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak
lebih daripada jumlah yuran bagi tiga (3) tahun dengan sendirinya terhenti
daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya
tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuas hati yang
ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan
yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut
disebabkan hutang.
f. Yuran khas atau kutipan wang daripada
ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan
Mesyuarat Agung Ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran
tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama
seperti hutang yuran tahunan.
3. Sumbangan
a. Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima
sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah
diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.
Sumbangan berbentuk barangan juga perlu direkodkan.
b. Pertubuhan ini boleh memohon bantuan wang
pemberian geran atau sebarang wang untuk apa-apa rancangan atau program/projek
yang dianjurkan oleh pertubuhan ini untuk pertimbangan kerajaan/
perseorangan/badan awam/persendirian.
4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan dibenarkan untuk menjalankan
sebarang aktiviti ekonomi bagi menjana pendapatan selagi tidak bercanggah
dengan matlamat penubuhan pertubuhan dan
tidak melanggar undang-undang negara.
FASAL 7 MESYUARAT
AGUNG DAN MESYUARAT AGUNG KHAS
1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada
mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah
ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana
yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan
perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
2. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam
daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu
hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak melebihi daripada 30 hari)
yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah
jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah
ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
3. Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan
hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung
DwiTahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah :
a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa
berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan
penyata kewangan yang telah diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik
Juruaudit (jika berkenaan);
d. menguruskan perkara-perkara lain yang
dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada
tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 15 hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan
diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan
aktiviti tahunan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah
diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca
oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.
5. Mesyuarat
Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan :
a. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa;
atau
b. atas permintaan beramai-ramai dengan
bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak
mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini
hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh
ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari
tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung
Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli
sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk
bermesyuarat.
8. Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam perlembagaan
ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Dwitahunan terpakai untuk
Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas
setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan
dalam masa enam (6) bulan dari tarikh ini, Mesyuarat agung Khas atas permintaan
ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada
tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Dwitahunan dan Mesyuarat
Agung Khas dalam tempoh tiga (3) bulan setelah selesainya mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang
dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua (2) tahun sekali di dalam
Mesyuarat Agung DwiTahunan :
a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Timbalan Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Penolong Setiausaha
e. Seorang Bendahari
f. 7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa (diwajibkan
2 orang di kalangan OKU / waris OKU)
g. 3 orang ahli jawatankuasa biasa boleh
dilantik oleh pengerusi
2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan
tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini
hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas
hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara
mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Dwitahunan. Semua pegawai
boleh dipilih semula dua (2) tahun sekali.
4. Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan
mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara
mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh
Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung
dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat
Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam
tahun yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat
hendaklah diberikan kepada ahli Jawatankuasa tujuh (7) hari terlebih dahulu.
Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada empat (4) orang ahli
Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat
Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada
bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan
mencukupkan korum mesyuarat.
6. Jika timbul perkara mustahak yang
berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat
diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya
seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa:
a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah
dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada
tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada
bilangan ahli Jawatankuasa mestilah mestilah menyatakan persetujuan atau
bantahan mereka terhadap itu; dan
c. Keputusan hendaklah dengan undi yang
terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah
dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk
disahkan dan dicatitkan dalam minit.
7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alas an yang memuaskan
akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.
8. Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal
dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di
dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.
Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan diadakan.
9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada
Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan
melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh
menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana
cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan
Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan
Pertubuhan.
10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa
Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang
ahli Jawatankuasa.
11. Jawatankuasa yang lama hendaklah menyerahkan
semua dokumen pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar,
salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank,
cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada
Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN
PEGAWAI
1. Tanggungjawab Pengerusi Pertubuhan
a. Pengerusi, dalam tempoh menyandang
jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua
mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua
mesyuarat.
b. Mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia
menandatangani minit mesyuarat bila ia diluluskan.
2. Tanggungjawab Timbalan Pengerusi
a. Hendaklah
memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
b. Membantu
Pengerusi melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
3. Tanggungjawab Setiausaha
a. Hendaklah
menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan semua perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa.
b. Bertanggungjawab
mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekiod dan dokumen
Pertubuhan, kecuali buku- buku akaun
dan dokumen kewangan.
c. Menyimpan
buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci
ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alat rumah kediaman
tiap-tiap ahli.
d. Hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan mesyuarat.
4. Tanggungjawab
Penolong Setiausaha
a. Membantu Setiausaha melaksanakan tugas dan
tanggungjawab.
b. Menjalankan tugas dan tanggungjawab semasa
ketiadaan Setiausaha
5. Tanggungjawab
Bendahari
a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan Pertubuhan.
b. Bertanggungjawab sepenuhnya atas ketepatan
penyata kewangan pertubuhan yang
terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan
serta kunci kira-kira.
c. Mentadbir urus, menyimpan dan mengemaskini
Buku Rekod Kewangan Pertubuhan.
6. Ahli
Jawatankuasa Biasa
a. Menghadiri semua mesyuarat dan program serta
aktiviti yang dianjurkan oleh
Pertubuhan.
b. Membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
berikut dalam perlembagaan ini, wang Pertubuhan boleh digunakan untuk
perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan pertubuhan,
termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan
pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai
tidak lebih daripada RM1000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) pada sesuatu
masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dalam tempoh tujuh (7) hari
dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang
dari akaun pertubuhan hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua (2)
orang yang terdiri daripada Bendahari
dan Pengerusi atau Setiausaha. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa berhak
melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau
pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4. Perbelanjaan yang lebih daripada
RM3000(Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar
dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan
yang lebih daripada RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua
Puluh Ribu Sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung
terlebih dahulu. Perbelanjaan RM3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) dan ke
bawah bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.
5. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah
disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah
Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun
kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan untuk
makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dwitahunan yang berikut. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk
makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6. Tahun kewangan pertubuhan ini hendaklah bagi
tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember.
FASAL 11 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan
hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Dwitahunan sebagai
Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan selama dua tahun boleh dilantik semula.
2. Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa
penyata kewangan pertubuhan bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat
perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan
Mesyuarat Agung Dwitahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi
mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh
perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR
HARTA
1. Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah
didaftarkan atas nama pertubuhan dan segala cara pelaksanaan berkaitan dengan
harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan
oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan
oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan
mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar
Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.
2. Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh
dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat
Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1. Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat Agung,
Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan
Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan perkara-perkara yang kurang jelas di
dalam perlembagaan ini.
2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan
atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung,
keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah
oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
1. Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu,
melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini
dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis
dahulu.
FASAL 15 LARANGAN
1. Sebarang bentuk perjudian seperti yang
ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi terbuka, 1953 adalah dilarang di premis
Pertubuhan.
2. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan
apa-apa aktiviti berkaitan penganiayaan, pengabaian, dan unsur-unsur
eksploitasi orang kurang upaya atau pemerdagangan manusia.
3. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus
cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga
barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan pekerja seperti
definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
4. Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan
loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan
atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak
berkuasa yang berkenaan.
5. “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah
Seksyen 2 Akta pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada
mana-mana ahlinya.
6. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh
Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi hendaklah
disalurkan kembali kepada Pertubuhan bagi mencapai matlamat Pertubuhan ini dan
tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada
mana-mana ahli pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang
sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada
mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN
PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali
dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan perlembagaan
hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar pertubuhan dalam masa 60 hari dari
tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya boleh
dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar
Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara
sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada
jumlah ahli yang berhak mengundi dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil
khas kerananya.
2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan
secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan
yang sah mengikut perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung
berkenaan.
3. Permohonan pembubaran ini hendaklah
disampaikan kepada Pendaftar pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh
keputusan pembubaran itu.
FASAL 18 LOGO
- Logo Pertubuhan