VISI, MISI dan OBJEKTIF

VISI
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) 
berinformasi Komuniti Cemerlang

MISI
Membangun PDK ke arah teknologi maklumat


OBJEKTIF PDK DITUBUHKAN


Terdapat beberapa objektif pelaksanaan program PDK. Antaranya ialah:
  • memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan
  • meningkatkan kualiti hidup golongan orang kurang upaya ke tahap maksimum
  • memulihkan OKU supaya boleh berfungsi sebagai orang biasa
  • membolehkan integrasi sosial bagi golongan OKU yang mengurangkan sekatan fizikal, sosial, kebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan golongan OKU
  • menyediakan peluang bagi OKU untuk membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi mereka melalui sumber-sumber yang ada
  • memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan
  • mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU diperingkat komuniti
  • membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program untuk golongan kurang upaya
  • mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan OKU disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat


Konsep PDK ‘One Stop Centre’


PDK “One Stop Centre” sebagai “Focal Point” kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
Melalui PDK “One Stop Centre”, perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.
Peranan PDK “One Stop Centre”:
  • Pusat Intervensi Awal OKU.
  • Pusat Sumber maklumat OKU.
  • Pusat Rujukan OKU.
  • Pusat Pendaftaran OKU.
  • Pusat Advokasi.