Program PDK bukan sahaja memberi pemulihan serta intervensi awal kepada pelatih mereka, malah program ini turut memberi pengetahuan dan ilmu kemahiran kepada pelatih terutama dari segi kemahiran kraftangan, berkebun, memasak dan sebagainya. Kebiasaannya, penghasilan produk pelatih PDK dijual di pasaran dan sentiasa mendapat sambutan orang ramai. Hal ini kerana, orang ramai mula menyedari bahawa produk yang dihasilkan individu OKU mempunyai ketelitian yang tersendiri. Kemahiran penghasilan produk yang boleh dijual di pasaran penting kerana ia mampu membantu pelatih berdikari mencari wang poketnya sendiri sekaligus membantu perkembangan bahasa, fizikal, sosial, emosi dan kognitif . Antara beberapa produk yang dihasilkan :